Video: Mahathir Persoal ‘Edah’ Parlimen Dipanjangkan

PETALING JAYA – Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Mahathir Mohamad mempertikaikan tempoh parlimen bersidang.

Menurut beliau, ia sepatutnya diadakan 5 kali bagi sesi parlimen namun ia dilakukan sebanyk 6 kali.

“Perkara yang aneh ialah berkenaan sidang Parlimen, biasanya dalam satu-satu penggal bagi parlimen, diadakan 5 kali bagi sesi parlimen.

“Kali ini kita dapati terdapat 6 kali seperti dipanjangkan edah parlimen ini,”katanya ketika sidang media di Galeri PPBM tadi.

Tambahnya lgi, beliau menegaskan bahawa ingin mengetahui perkara tersebut dalam undang-undang sekiranya ia dibenarkan.

“Ini juga kita nak tahu dari segi undang-undang sebab dia pnjang kita dia punya edah atau period dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, berkenaan isu pemilihan perdana menteri, beliau turut mempetikaikan pas yang tidak menamakan calon perdana menteri mereka.

“Kita juga nak tahu lah, pas ini nak bertanding, siapa calon perdana menteri dia.

“Dia calon Najib kah? tau dia calon sayakah?

“Jadi itu kita nak tahu, kalau dia nak beritahu calon dia, dia boleh menang sebab orang suka calon dia,”katanya.

Terdahulu, Pakatan Harapan mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan ditandingi parti komponen itu pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) iaitu PPBM (52) , Parti Keadilan Rakyat (PKR) (51) DAP (35) dan Parti Amanah Negara (Amanah) (27), keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung Malaysia.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.