Trump Kata Dirinya ‘Paling Tak Rasis’

WASHINGTON – AMERIKA SYARIKAT. Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mempertahankan dirinya selepas melabel negara-negara di Afrika sebagai ‘negara sampah’.

“Tidak, saya tak racis. Saya orang yang paling tak racis awak pernah temuramah,” kata Trump dalam satu majlis di Florida, semalam.

Kenyataan ‘negara sampah’ Trump lahir dalam perbincangan dengan pengubal undang-undang mengenai rancangan untuk memotong loteri visa, minggu lepas di White House.

“Kenapa kita nak simpan orang-orang dari negara sampah yang datang ke AS?” kata Trump minggu lalu.

Berkata mengenai program penerimaan kanak-kanak imigran, Trump menuduh kononnya pihak Republikan tidak mahu memberikan kerjasama.

“Mereka (parti Republikan) tidak mahu ada kawalan di sempadan, mereka mahu imigran masuk sesuka hati,” kata Trump.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.