Tangani Isu Beg Sekolah

JOHOR BAHRU – Kajian yang dijalankan Kementerian Pendidikan berhubung usaha menangani isu murid dibebani beg sekolah berat akan siap dalam tempoh sebulan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P. Kamalanathan berkata, berdasarkan pemantauan yang beliau lakukan, isu berkenaan dilihat semakin berkurangan.

“Saya pergi sekolah-sekolah dan apabila berjumpa dengan murid Tahun Satu, saya ambil beg mereka. Ada pengurangan sikit,” katanya selepas merasmikan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Bukit Serampang di sini sebentar tadi, lapor Utusan

Beliau berkata, kebiasaan isu beg berat itu adalah berpunca daripada reka bentuk beg berkenaan dan bukan beban datang daripada buku sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.