Pos Malaysia Keluarkan Siri Setem Bertemakan Anjing Kerja

KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) mengeluarkan siri setem pertama bagi 2018 bertemakan ‘Haiwan dengan Pelbagai Peranan-Anjing Kerja’.

Ketua Unit Setem dan Filateli, Pos dan Kurier Pos Malaysia, Diyana Lean Abdullah berkata siri setem itu boleh didapati mulai Khamis (18 Jan), menampilkan tiga jenis anjing kerja yang terkenal, anjing-anjing pengesan, kawalan dan pemandu.

“Koleksi ini menonjolkan kepentingan anjing kerja yang dilatih untuk melaksanakan tugas-tugas khas bagi membantu manusia misalnya dalam usaha penjegahan jenayah, pengesanan bahan-bahan tersembunyi dan membantu individu cacat penglihatan,” katanya dalam sidang media memperkenalkan siri setem itu, di sini hari ini.

Diyana Lean berkata koleksi setem itu memaparkan lakaran anggota bomba dan anjing Border Collie; polis dan anjing Belgian Shepherd; dan orang buta serta anjing Golden Retriever, manakala lembaran mini menampilkan ilustrasi polis dengan anjing German Shepherd dan anjing Labrador.

Pengeluaran siri setem terhad kepada 200,000 keping bagi setiap reka bentuk, 30,000 keping Sampul Surat Hari Pertama (SSHP), 25,000 keping lembaran mini dan 1,800 helai folder…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.