Persoalkan Najib Masuk Kaabah, Mukhriz Dibidas

Berpolitiklah secara matang, bukan dengan menjadikan agama sebagai bahan politik. Ini yang mencetuskan kemarahan ramai apabila Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mukhriz Mahathir telah mempertikan Datuk Seri Najib Tun Razak yang diberikan penghormatan memasuki kawasan makam Rasulullah SAW di Madinah dan memasuki Kaabah ketika menunaikan umrah di Mekah.

Apabila gambar yang menunjukkan Najib menunaikan ibadat itu dimuatnaik dalam laman sosial, ia dianggap sebagai propaganda.

Seharusnya perkara yang melibatkan ibadah tidak perlu dijadikan sebagai bahan politik. Apatah lagi Najib melakukan ibadah di tanah suci. Janganlah menjadikan ia sebagai isu dan bukan tugas kita untuk menilai ibadah orang lain.

Sebaliknya jagalah ibadah kita sendiri. Mukhriz memburukkan Perdana Menteri ketika berucap melancarkan PPBM bahagian Setiawang malam tadi.

Sedangkan tiada bukti jelas dan sahih yang mengaitkan Najib dengan tuduhan pembangkang itu. Bukan itu sahaja, siasatan juga telah dijalankan oleh agensi terbabit dan mereka mendapati Najib bersih daripada tuduhan-tuduhan penyelewengan yang dilemparkan kepada beliau.

Dulu bapa beliau, Dr. Mahathir Mohamad telah mencetuskan kemarahan ramai apabila menyatakan jemaah yang menunaikan ibadat haji dengan menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MBD), tidak akan mendapat haji mabrur.

Ini kerana katanya, haji yang tidak mabrur itu berpunca daripada duit penajaan program tersebut kononnya haram kerana dicuri oleh Perdana Menteri.

Namun ia telah mencetuskan kemarahan ramai termasuk beberapa mufti yang membidas beliau. Menurut mufti terbabit, jemaah haji tidak perlu risau sebaliknya perlu yakin bahawa setiap ibadah yang dilakukan itu diterima oleh Allah dan bukannya ditentukan oleh seseorang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.