Penyanyi Utama Cranberries, Dolores O’Riordan Meninggal Dunia

Penyanyi kumpulan Cranberries, Dolores O’Riordan telah meninggal dunia secara mengejut pada usia 46 tahun. Mayatnya ditemui dalam sebuah bilik hotel di London pada 9.05 pagi Isnin.

Punca kematian O’Riordan masih belum diketahui. Mendiang yang berasal dari Limerick itu, terkenal pada 90-an bersama kumpulan Cranberries. Lagu popular mereka termasuk Linger dan Zombie.

Menurut laman web rasmi The Cranberries, kumpulan yang berasal dari Ireland, itu pernah mencatatkan jualan rekod sebanyak 40 juta unit dengan lagu bertajuk ‘Linger.

Sementara itu, sumber memberitahu, O’Riordan belum sempat menghadiri sesi rakaman di London.

“Seluruh ahli keluarganya masih dalam terkejut selepas tahu berita kematian itu. Mereka mohon agar diberikan masa dan ruang bagi melalui tempoh sukar ini,” katanya.

Tahun lepas, O’Riordan mendedahkan dia sedang berjuang menghadapi kemurungan dan masalah kesihatan mental. Tekanan berkenaan memuncak apabila O’Riordan cuba membunuh diri pada 2013.

O’Riordan juga telah disahkan menghidap bipolar disorder pada 2015 selain berdepan dengan masalah pemakanan, alkohol serta pernah didera ketika kecil.

Dia mempunyai tiga cahaya mata dengan bekas suaminya, Don Burton, yang juga bekas pengurus jelajah kumpulan Duran Duran. Mereka berkahwin selama 21 tahun. Anak-anaknya, Taylor, 20, Molly, 16, serta Dakota, 12, menetap bersama bapa mereka di Kanada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.