Pelancong Kongsi Gambar Pelik

MOSCOW – Orang ramai yang melancong ke Rusia berkongsi gambar-gambar pelik dan mencuit hati yang mereka temui sepanjang melawat negara itu di internet.

Antara yang menjadi perhatian ialah sekeping gambar yang menunjukkan seorang wanita meletakkan seekor ayam di atas kepalanya dan bergaya seperti memakai topi yang cantik.

Selain itu, gambar seorang wanita yang tunduk di hadapan sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang diletakkan terlalu tinggi hingga menyukarkan pengguna menggunakan kemudahan tersebut.

Sekeping lagi gambar menunjukkan sebuah kereta yang dipasang meriam lama di atas bumbungnya membuatkan kelihatan seolah-olah kenderaan perang buatan sendiri. 
– Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.