Mengejutkan! Bayi Meninggal Tanpa Sebab, Lima Hari Kemudian Ibunya Lakukan Hal Mengerikan Ini

Seorang ibu terpaksa melalui hari-hari yang sukar selepas anak perempuan sulongnya meninggal dunia tanpa disangka pada bulan Disember 2015.

Bayi malang tersebut bernama Adaline dan meninggal dunia ketika sudah berusia tujuh minggu.

Ketika  itu ibunya, Laura Winner baru saja menidurkan bayi malang tersebut.

Sehingga kini tiada sebab yang diketahui mengapa bayi  itu mati tetapi dia disyaki menghidap Sindrom Kematian Bayi Mendadak (SIDS).

Pemotretan

Dilaporkan Mirror, selepas kematian anak perempuannya , Laura melalui hari-hari yang sukar namun  selepas lima hari kematian anaknya, Laura melakukan hal mengerikan yang mengundang kemarahan ramai orang.

Wanita 30 tahun yang berasal dari Rapid City, South Dakota tersebut melakukan sesi bergambar dengan mayat anaknya.

“Kami baru saja membeli pakaian merah jambu sebelum dia mati kerana kami akan melakukan sesi bergambar tetapi kami tidak menjangkakan sesi bergambar dilakukan setelah anak perempuan saya mati,” jelasnya.

Laura percaya ini adalah cara agar dia mempunyai kenangan terhadap anaknya itu.

“Mengambil gambar  adalah perkara biasa tetapi dalam keadaan ini  itu sangat mengharukan,” jelasnya.

Laura mendakwa tiada masalah ketika menjalani sesi bergambar dengan mayat anak perempuannya.

Dia duduk dan memegang anak perempuannya berjam-jam, mengusap rambutnya dan bercakap dengan anak perempuannya.

Pemotretan

“Dia hanya terlihat seperti sedang tidur,” ujar Laura.

Namun hal yang dilakukan Laura mengundang reaksi tidak terduga dari netizen.

Laura dikatakan tidak sepatutnya melakukan hal tersebut kepada bayinya yang sudah meninggal selama lima hari.

“Tetapi saya memberitahu mereka bahawa ini adalah cara untuk mengingatkan bayi kita. Sekarang, saya dapat melihat gambar-gambar itu dan mencari kedamaian. Saya benar-benar menggalakkan semua orang yang telah kehilangan seorang kanak-kanak untuk membuat gambar bedah siasat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.