Main Game 18 Jam Sehari, Hutang RM16,000

LANCASHIRE, Britain – Kehidupan normal seorang ibu tunggal musnah gara-gara dia ketagih bermain permainan dalam talian Candy Crush.

Natasha, 34, dari Fleetwood di sini mengaku bermain Candy Crush selama 18 jam sehari selepas tertarik dengan ajakan rakannya di Facebook untuk bermain permainan itu kira-kira empat tahun lalu.

Katanya, ketagihan itu menyebabkan dia kehilangan teman lelaki, dibuang kerja di sebuah gedung beli-belah dan berhutang ribuan pound selain gagal meluangkan masa untuk anaknya, Taylor.

“Permainan itu memecah-belah keluarga kami dan memisahkan bapa kepada anak lelaki saya tetapi saya masih gagal mengatasi ketagihan ini,” katanya yang kini menjalani rawatan psikologi untuk mengubati ketagihan itu.

Natasha menganggarkan dia berbelanja purata £400 (RM2,180) sebulan untuk membeli data mudah alih tambahan dan akses dalam permainan itu.

“Saya telah berbelanja lebih £5,000 (RM27,200) untuk Candy Crush dan masih mempunyai baki hutang kad kredit lebih £3,000 (RM16,300),” jelasnya. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.