Mahathir Tidak Layak Bercakap Mengenai Nisbah Hutang Negara

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 15 Januari 2018

Memang benar Mahathir dan Anwar menjalankan lima tahun bajet lebihan pada awal 1990-an dengan berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi yang luar biasa di Malaysia dan rantau ini.

Ini berlaku kerana orang Jepun terpaksa memindahkan kilang mereka keluar dari negara mereka dan melabur di beberapa negara di ASEAN yang dianggap sebagai kos rendah.

Jepun tidak mempunyai pilihan kerana mereka telah tunduk kepada tekanan dari Amerika Syarikat dan dunia barat untuk menaikkan mata wang mereka, yang naik lebih daripada dua kali ganda selepas Plaza Accord ditandatangani pada akhir tahun 1985 – menyebabkan eksport mereka tidak kompetitif.

Walaupun lebihan hanyalah sederhana pada 0.2%, + 2.4%, + 0.8%, + 0.7% dan + 2.4% bagi tahun 1992 hingga 1997, ia telah berjaya mengurangkan hutang kerajaan daripada RM99 bilion pada tahun 1991 kepada RM90 bilion pada tahun 1997.

(Jumlah itu mungkin kelihatan kecil tetapi ia adalah tinggi berbanding dengan jumlah KDNK kita sebanyak hanya RM135 bilion pada tahun 1991. Sebagai perbandingan, KDNK kita untuk tahun 2017 dijangka sebanyak RM1.3 trilion – atau sepuluh kali ganda lebih banyak).

Menjelang tahun 1997, nisbah Hutang kepada KDNK kita telah berkurangan kepada 31.9% berbanding 73.3% pada tahun 1991.

Walau bagaimanapun, semua keuntungan ini telah dihapuskan pada tahun 1998 kerana hutang melonjak kembali kepada RM103 bilion.

Dalam 6 tahun terakhir Mahathir menjadi Perdana Menteri, kita menjalankan bajet defisit besar yang kebanyakannya negatif 5% – hasilnya, hutang Kerajaan kita meningkat dua kali ganda kepada RM188 bilion (45.1% hutang kepada KDNK) pada tahun 2003 ketika Mahathir bersara berbanding RM89 bilion (31.9%) pada tahun 1997.

Mahathir pada dasarnya melepaskan jawatan Perdana Menteri beliau dengan cara yang sama seperti beliau mulakannya dengan menggandakan hutang negara dalam tempoh 6 tahun.

Mahathir menjadi PM pada tahun 1981 dan dalam tempoh 6 tahun, beliau telah meningkatkan hutang negara kita sebanyak lebih daripada tiga kali ganda daripada RM23 bilion pada tahun 1980 (44% hutang kepada KDNK) kepada RM74 bilion pada tahun 1986 (103.4% hutang kepada KDNK).

PM Najib walaubagaimanapun meningkatkan hutang kerajaan dengan cepat ketika beliau menjadi PM pada tahun 2009 kepada 50.8% daripada 39.8% Hutang kepada KDNK pada 2008 – tetapi ini adalah disebabkan oleh pakej rangsangan besar yang pada dasarnya menyelamatkan Malaysia dari Great Global Resession, yang paling buruk sejak Great Depression tahun 1930-an, di mana kerajaan AS terpaksa menyelamatkan AIA, General Motors, Citibank dan sebagainya.

Walau bagaimanapun, sejak itu Najib telah berjaya mengurangkan bajet defisit besar sebanyak -6.7% pada tahun 2009 untuk setiap tahun sehingga kini ia berada pada 3%, paling rendah dalam 20 tahun – yang menyebabkan nisbah hutang kepada KDNK kita turun kepada 50.7% (S3 2017) sekarang.

Pada tahun ini, bajet defisit kita diramalkan akan terus berkurangan kepada 2.8% dengan berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh.

Perkara di atas adalah fakta yang orang-orang Pakatan tidak beritahu anda. Seperti yang ditunjukkan oleh sejarah, Mahathir adalah orang yang paling tidak layak untuk bercakap tentang mengurangkan hutang negara kita.

Hakikatnya, hutang kita sekarang pada 50.7% berada pada paras yang selesa sekarang kerana saiz ekonomi kita – dan pastinya tidak dianggap tinggi berbanding dengan tahun-tahun Mahathir di mana ia telah mencapai lebih daripada 103% dan kekal di atas 90% untuk tempoh masa yang panjang.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.