Iklan Baju Monyet, Butik H&M Diserang

JOHANNESBURG, Afrika Selatan – Sejumlah gedung butik H&M di sini diserang sekumpulan penunjuk perasaan gara-gara tidak berpuas hati dengan iklan baju ‘Monyet Terhebat di Hutan’ baru-baru ini.

Pihak polis antirusuhan terpaksa menembak menggunakan peluru getah ketika penunjuk perasaan menimbulkan kekacauan di gedung pakaian jenama Sweden itu yang didakwa sebagai bersikap rasis.

Beberapa gambar menunjukkan patung-patung dan pakaian yang tergantung di dalam butik berselerak di atas lantai selepas diserang kumpulan berkenaan.

Tindakan itu mendorong pihak pengurusan butik untuk menutup premis berkenaan bagi menghalang situasi bertambah lebih buruk.

Jurucakap parti Pejuang Pembebasan Ekonomi, Flyod Shivambu memuji tindakan perusuh itu dan berkata, pihak peruncit kini menerima kesan disebabkan sikap perkauman yang mereka amalkan.

H&M sebelum ini meminta maaf dan menarik balik stok pakaian itu selepas menyiarkan satu iklan yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki berkulit hitam memakai kemeja-T berhud dengan tulisan ‘Monyet Terhebat di Hutan’.

H&M yang memiliki 4,500 butik di 62 buah negara, membuka gedung pertamanya di Afrika Selatan dua tahun lalu. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.