Diperkosa Rakannya, Dibuli Dan Tidak Mendapat Keadilan, 2 Tahun Kemudian Ini Yang Berlaku

Sesetengah orang mempunyai masa remaja yang indah. Tetapi ramai juga yang mahu melupakan masa remaja kerana mengalami pengalaman yang mengerikan.

Nasib tragis  dialami oleh remaja dari Darthmouth, Kanada bernama Rehtaeh Parsons ketika berusia  15 tahun pada 2011 lalu.

Ketika itu, Rehtaeh menghadiri majlis bersama dengan kawannya. Namun sayangnya, pesta itu menjadi  permulaan yang tragis dalam hidupnya.

Rehtaeh Parsons

Rehtaeh diperkosa oleh rakan-rakan sekelasnya sendiri pada malam itu.

Lebih buruk lagi, salah seorang daripada  mereka merakam kejadian tersebut dan menyebarkannya ke seluruh sekolah.

Rehtaeh tidak melaporkan kejadian itu pada ibunya.

Tapi beberapa hari kemudian, Rehtaeh tidak tahan lagi dan akhirnya mengadu dalam keadaan menangis.

Ibunya kemudian membawa anak perempuannya itu ke hospital.

Tapi sayangnya,  ada pihak yang tidak mahu masalah tersebut diperbesarkan.

Polis juga tidak menyoal siasat remaja lelaki yang terlibat pada malam itu.

Tidak ada usaha apa pun untuk menegakkan keadilan bagi Rehtaeh.

Rehtaeh Parsons

Kes Rehtaeh kemudian dilepas begitu saja kerana tidak mempunyai bukti yang cukup.

Setelah itu, hidup Rehtaeh menjadi sangat terseksa.

Dia dibuli di sekolah dan di media sosial.

Rehtaeh menjadi tertekan, sehingga merasakan mahu membunuh diri.

Rehtaeh Parsons

Selepas 17 bulan insiden itu berlaku, ibu Rehtaeh menemuinya membunuh diri di bilik mandi.

Rehtaeh mengalami kecederaan otak yang teruk dan dibawa ke hospital.

Beberapa hari kemudian, ibunya memutuskan untuk mematikan alat bantuan hidup.

Rehtaeh Parsons

Polis  tidak mengambil tindakan apapun dan tidak menahan siapapun.

Ayah Rehtaeh berkata anaknya meninggal kerana kecewa disebabkan polis tidak melakukan apa-apa untuk membantunya menegakkan keadlian.

Rehtaeh Parsons

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.