Cuaca Sejuk Bawa Rahmat

TANAH MERAH – Cuaca sejuk sekitar 21 darjah Celsius melanda daerah ini sejak beberapa hari lalu membawa rahmat tersendiri kepada peniaga santan apabila santan dijual dikatakan tahan lebih lama.

Mohamad Ridzuan Mohd Noor, 28, berkata, keadaan itu berbeza jika dibandingkan pada hari biasa atau ketika musim panas kerana santan kebiasaannya lebih cepat rosak.

“Bagi peniaga santan macam saya, tak ada masalah dengan cuaca sejuk, bahkan lagi molek sebenarnya sebab santan lambat sikit rosak.

“Kalau musim panas, santan tak boleh letak lama-lama dekat luar dan kena terus simpan dalam peti ais selepas dibungkus supaya tahan lama,” katanya yang mengusahakan kedai santan di Kampung Gual Raja, dekat Gual Ipoh, di sini, lapor Sinar

Menurutnya, suhu paling rendah dicatatkan di kampung itu dan kawasan sekitar ialah 21 darjah Celsius terutama pada waktu malam dan pagi.

“Suhu hari ini bagaimanapun kurang sejuk sangat iaitu sekitar 25 darjah Celcius berbanding dua tiga hari lalu sekitar 22 dan 21 darjah Celcius,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.