Bakar Katil Hotel

Penganggur berusia 54 tahun ditangkap kerana membakar katil di bilik hotel tempat dia menginap semata-mata mahu masuk penjara.

Menurut polis, lelaki itu yang dikenali sebagai Koichi Takahashi mengaku atas dakwaan itu.

Fuji TV melaporkan, Takahashi memulakan kebakaran itu pada 8.30 (waktu tempatan), Khamis lalu, di bilik Hotel Apa yang terletak di Shinjuku, petik Metro

Katanya, lelaki itu meletakkan surat khabar di atas katil sebelum menyalakan api.

Sarung tilam dan bantal turut terbakar.

Kejadian itu menyebabkan kakitangan dan tetamu hotel dipindahkan sementara. Tiada cedera.

Takahashi meninggalkan hotel berkenaan sejurus selepas memulakan kebakaran dan pergi ke balai polis berhampiran untuk menyerah diri.

Menurut polis, dia berbuat demikian supaya dapat masuk ke penjara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.