Aktres Korea Ditemui Maut Dalam `Parti Dadah’

Seorang aktress Korea yang berusia dalam lingkungan 30-an meninggal dunia dalam satu `parti dadah’ pada 13 Januari lalu. Parti berkenaan diadakan di sebuah kompleks apartmen di Nonhyeon, Gangnam.

Koreaboo melaporkan seramai tujuh orang dilaporkan berada di situ namun hanya aktress tersebut meninggal dunia.

Identitinya bagaimanapun tidak didedahkan namun media Korea melaporkan simati merupakan pelakon untuk peranan kecil-kecilan..

Pada mulanya polis tidak menyedari bahawa kes berkenaan melibatkan dadah memandangkan tiada bahan larangan ditemui di situ.

Namun polis akhirnya mendapat pengakuan daripada ketujuh-tujuh orang yang ditahan itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.