Lelaki Temui Mutiara Semasa Makan Tiram

BEIJING – Seorang pelanggan menemui sebiji mutiara semasa menikmati hidangan tiram barbeku di sebuah restoran di barat China, menurut laporan akhbar.

 

Chengdu Commercial Daily melaporkan lelaki yang berasal dari Chengdu di wilayah Sichuan itu menemui permata bersaiz kacang selepas memakan tiram.

 

Ia dikesan apabila lelaki tersebut mendengar bunyi sewaktu mengigit tiram berkenaan.

 

Menurut laporan, lelaki itu pada mulanya menyangkakan ia adalah sebiji batu kelikir tetapi sebaliknya sebiji mutiara selepas pemeriksaan dibuat lebih teliti.

 

Dia dipetik sebagai berkata bahawa insiden yang berlaku merupakan permulaan yang bertuah untuk Tahun Baharu dan dia bercadang untuk menggunakan mutiara itu sebagai hiasan pada cincin.

 

Seorang peniaga barang kemas memberitahu akhbar berkenaan bahawa mutiara itu terlalu kecil untuk mempunyai sebarang nilai komersial.

 

Manakala pemilik restoran barbeku dipetik sebagai berkata bahawa ia adalah insiden pertama seumpamanya berlaku di premisnya.

 

Seorang profesor bagi ternakan ikan di Universiti Pertanian Sichuan berkata, kejadian itu kemungkinan boleh berlaku tetapi sesuatu yang amat jarang bagi pelanggan menemui mutiara di dalam tiram yang dimasak secara barbeku. – South China Morning Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.