Datuk Terlajak Laris Kecewa Dihentam Penyokong Red Giants

PEMILIK D’Herbs Terlajak Laris Datuk Aliff Syukri mengakui kecewa kerana dihentam penyokong Red Giants di laman sosial.

 

Semalam, pemain ke-12 Red Giants menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap jutawan kosmetik itu kerana mahu mengubah warna stadium dan jersi kepada warna hijau yang merupakan warna korporat D’Herbs.

 

“Niat saya mahu menyumbang menaikkan mutu sukan bola sepak negara tetapi saya agak sedih dan kecewa penyokong menghentam saya dilaman sosial, saya berharap penyokong memahami saya,” kata Datuk Syukri yang dipetik dari akhbar Harian Metro.

 

Datuk Syukri kecewa kerana niatnya yang hendak membantu dibidas penyokong.

 

Sementara itu, pengasas D’Herbs itu menjelaskan bahawa Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang menghubungi dirinya bagi mendapatkan tajaan dan bukan sebaliknya sekaligus dia mengenakan 20 syarat tersebut. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.