Wan Ji Dibenarkan Cabar Pertuduhan Akta Hasutan Keatasnya

Shah Alam – Pendakwah bebas Wan Ji Wan Husin dibenarkan untuk mencabar pertuduhan dibawah Aka Hasutan ke atasnya ekoran posting di Facebook beliau yang menghina Raja Melayu.

 

Kebenaran tersebut diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam yang mendapati ada pertikaian Perlembagaan yang perlu diselesaikan oleh Mahkamah Tiggi.

 

Hakim Slamat Yahya bagaimanapun tidak membenarkan penangguhan perbicaraan dan berkata ia boleh diteruskan sementara isu Perlembagaan diselesaikan Mahkamah Tinggi.

 

Pada tahap ini, peguam N Surendran yang mewakili Wan Ji berkata, dia akan merayu dalam keputusan mahkamah tidak membenarkan penangguhan perbicaraan.

 

Wan Ji, 33, mengaku tidak bersalah selepas didakwa pada September kerana membuat posting di akaun Facebook miliknya pada November 2012.

 

Bekas ahli jawatankuasa Dewan Ulama PAS Selangor itu didakwa kerana komennya yang didakwa menghina Sultan Selangor.

 

Wan Ji kebelakangan ini dilihat bersuara lantang terhadap badan penguatkuasa agama selain mengkritik larangan Kementerian Dalam Negeri daripada menggunakan kalimah Allah dalam Bible berbahasa Melayu.

 

Beliau menimbulkan kontroversi kerana didakwa mempersoalkan pemerintahan raja-raja Melayu sebagai ketua ajaran Islam di negeri lain, dan beberapa kali pernah direkodkan kenyataannya oleh polis. – mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.