VIDEO: Operasi Selamatkan Wanita Cuba Terjun Apartmen

NAMPAKNYA semakin ramai manusia cuba mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah mereka iaitu dengan membunuh diri.

 

Menerusi video yang dikongsikan oleh Oh!Media ini, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) terpaksa memecah masuk ke dalam kediaman seorang wanita selepas dia cuba terjun dari tingkap sebuah unit pangsapuri.

 

Sebaik sahaja berjaya masuk, wanita tersebut dilihat sedang duduk di tingkap biliknya dan kelihatan seolah-olah berkhayal.

 

Kemudian, salah seorang lelaki yang kami percaya kenalan wanita itu masuk ke bilik secara perlahan-lahan tanpa disedari olehnya lantas menarik tangan wanita itu sebelum dibantu oleh pihak Bomba.

 

Hai, mujurlah tak disergahnya, kalau tak mungkin wanita itu tak sempat terjun tapi jatuh ke bawah pangsapuri akibat terkejut! – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.