TPM Umum Penubuhan Pusat Kecemerlangan Negara Urus Bencana

PUTRAJAYA 16 Jan.- Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin‎hari ini mengumumkan penubuhan sebuah ‎Pusat Kecemerlangan Negara yang memfokuskan kepada aspek pengurusan bencana di negara ini.
‎‎‎
Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan turut mengumumkan‎pemberian dana penyelidikan khas dalam pengurusan bencana dan mitigasi banjir berjumlah RM20 juta.

 

Beliau berkata, peruntukan tersebut boleh dipohon oleh institusi pengajian tinggi (IPT) melalui Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) dan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS).

‎ “Aspek pengurusan bencana memerlukan pendekatan komprehensif, oleh itu, satu kajian akademik perlu dilakukan dalam bidang berkenaan.

“Diharapkan hasil kajian yang bakal dilaksanakan dapat menyumbang kepada pemantapan pengurusan bencana di negara ini,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perutusan Tahun Baharu 2015 Kementerian Pendidikan‎di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.