Perdana Menteri Kejutkan Pengguna LRT

KUALA LUMPUR 16 Jan. – Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengejutkan orang ramai pagi tadi apabila melakukan “lawatan kerja” secara mengejut ke atas Sistem Transit Ringan (LRT) dengan turut menggunakan fasiliti membeli tiket, kaunter tiket, menanti tren tiba dan turut menaiki tren.

Selepas itu Perdana Menteri memberitahu bahawa Kerajaan akan mengenal pasti cara terbaik untuk memperbaiki mutu perkhidmatan pengangkutan awam negara demi keselesaan rakyat.

Perdana Menteri berkata, berdasarkan pengalamannya menggunakan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) hari ini, beliau berkata masih ada ruang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan.

“Selepas menunaikan solat Jumaat tadi, saya telah menaiki LRT dari (stesen) PWTC (Pusat Dagangan Dunia Putra) ke KL Sentral bersama-sama warga ibu kota yang lain.

“Ramai juga terkejut melihat saya di sana. Tapi Alhamdulillah, mereka tidak segan untuk memberi maklum balas mengenai sistem pengangkutan awam kita,” katanya dalam entri terbaru beliau dalam laman Facebooknya.

Dalam entri berkenaan, Najib turut berkongsi beberapa gambar beliau beramah mesra dengan pengguna dan petugas LRT.

This slideshow requires JavaScript.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.