Pelakon Lelaki Disyaki Rogol, Ugut Sebar Video Lucah Ditahan

TERKEJUT kami mendengar berita mengenai seorang pelakon lelaki yang kini berada dalam tahanan polis kerana disyaki terlibat dalam kes perkosa seorang gadis.

 

Tambah panas, pelakon lelaki tersebut dikatakan giat mencari para gadis yang berminat untuk menjadi pelakon dengan menawarkan bayaran sejumlah RM500 sebelum ini.

 

Namun yang pelik dan musykilnya.. si pelakon ini dikatakan menemuduga mangsanya di sebuah hotel.

 

Aik, kot ye pun takkanlah tak boleh bertemu di pejabat atau restoran kan? Interview apa kalau kat hotel tu.

 

Lebih mengejutkan, selepas memperkosa mangsanya pelakon berkenaan didakwa mengugut pula mahu menyebarkan video mangsa lantas memaksanya memberi RM1,000.

 

Memang ibarat jatuh ditimpa tangga jadinya.. Sudahlah tak dapat jadi pelakon malah diperkosa dan dipaksa memberi wang pula.

 

Bagaimanapun Rabu lalu, pihak polis berjaya menahan pelakon lelaki berusia 23 tahun berkenaan dan kini siasatan masih dijalankan sama ada terdapat mangsa lain yang telah menjadi mangsa penipuannya.

 

Apa pun biarlah pihak polis menjalankan tugas mereka untuk menyiasat sama ada benar atau tidak pelakon ini terlibat dalam kes tersebut.

 

Hmm.. korang rasa-rasa siapalah agaknya gerangan pelakon lelaki ini? – MYNEWSHUB.CC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.