PBS Tidak Puas Hati Tentang Konsep Perkongsian Kuasa Dengan BN – Herbert

Kota Kinabalu – Parti Bersatu Sabah (PBS) telah bersabar dan mendiamkan diri tentang perasaan tidak puas hati mereka tentang konsep perkongsian kuasa dengan Barisan Nasional (BN), dakwa timbalan setiausaha agungnya Herbert T Lagadan.

 

Beliau berkata bahawa PBS bukan sahaja parti komponen yang tidak puas hati tentang situasi konsep perkongsian kuasa. United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) juga turut menyuarakan perasaan tidak puas hati mereke tentang isu yang sama sebelum ini.

 

Herbert berkata demikian dalam menyokong seruan timbalan presiden PBS Maximus Ongkili kepada kepimpinan BN Sabah untuk memperbaiki formula perkongsian kuasa antara parti-parti komponen BN demi kekuatan mereka dalam mentadbir Sabah.

 

Beliau berkata bahawa pendedahan Maximus adalah kemuncak kekecewaan daripada ahli-ahli PBS Sabah.

 

“Maximus tidak membuat kenyataan yang mengakibatkan salah tanggapan tentang senario politik di Sabah. Jika dia meletakkan dirinya di tempat Pairin adakah beliau akan gembira dan berkata dengan jujur bahawa perkongsian kuasa wujud dan dilaksanakan dengan baik?” soal Herbert.

 

“Saya tertanya-tanya jika Speaker Sabah Salleh Keruak dapat mengakui bahawa semua garis panduan untuk perkongsian kuasa yang telah digubal oleh jawatankuasa BN di bawah kepimpinan beliau telah dilaksanakan?”

 

Herbert berkata bahawa PBS dapat memahami dan menerima batas kuasa Salleh untuk membolehkan beliau melaksanakan konsep itu kerana beliau tidak memegang kuasa untuk mentadbir negeri. Walaubagaimanapun beliau tidak mempunyai alasan tentang kegagalan beliau melaksanakan perkongsian kuasa di kawasannya iaitu Usukan.

 

“PBS mahu tahu berapa ramau pekerja bukan Umno di pejabat PPM Usukan atau berapa ramai ketua kampung, ketua JKK atau KAN/WKAN di Usukan yang bukan dari parti komponen BN?”soal Herbert lagi.

 

“Adalah menjadi tanggungjawab Salleh untuk membuktikan bahawa perkongsian kuasa masih hidup dan berjalan dengan baik di kawasan Usukan beliau,” tegas Herbert. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.