Lebih 20 Penumpang Bot Termasuk Warga Singapura, India Dan Jepun Antara Yang Hilang

Shanghai – Lebih 20 penumpang sebuah bot termasuk beberapa warga asing dilaporkan hilang dalam insiden sebuah bot karam di Sungai Yangtze di Jiangsu ke timur negara itu.

 

Menurut agensi berita tempatan Xinhua, turut hilang pemilik dan sekumpulan juruteknik bot itu yang sedang mengadakan ujian bersama 24 penumpang yang lain.

 

Tiga telah berjaya diselamatkan dan pasukan kecemasan yakin ramai yang terperangkap di dalam bilik kabin bot yang terbalik itu.

 

Turut dilaporkan “tujuh atau lapan” warga asing yang hilang termasuk dari Singapura, India dan Jepun.

 

Laporan awal turut menyebut seorang warga Perancis berkemungkinan turut terbabit.

 

Menurut salah seorang yang terselamat, seorang jurutera Jepun sedang menjalankan ujian sebelum bot itu tiba-tiba menyendeng dan dipenuhi air.

 

Usaha untuk mengapung bot terbabit sedang giat dijalankan dan usaha menyelamat mangsa yang mungkin terperangkap. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.