Lagu Buat Pengajaran Gadis Melayu K-Pop

Seremban: Kecewa dengan tindakan beberapa gadis Melayu memeluk dan dicium artis K-pop B1A4, seorang penyanyi tempatan, Muhammad Hafidzuddin Roslan, 28, menciptakan lagu berjudul Fitnah Terhadap Gadis sebagai pengajaran isu itu.

 

Dia yang lebih dikenali Fidz berkata, lagu itu yang akan siap sepenuhnya hujung minggu ini ditujukan khusus buat golongan hawa supaya menjaga adab serta maruah Islam.

 

Katanya, lagu itu berkisar mengenai gadis Melayu yang leka dengan anasir luar sehingga melupai adab sopan masyarakat Islam.

 

“Sejak dua tiga hari lalu, kecoh isu gadis Melayu memeluk dan dicium anggota B1A4 ketika persembahan di KL Live Centre, Kuala Lumpur.

 

“Sehubungan itu, saya ciptakan lagu ini sebagai nasihat supaya mereka menjaga adab dan nilai Islam,” katanya. – HMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.