Kemalangan 5 Kenderaan Sebabkan Jalan Sesak 1km

MARANG – Jalan Kuala Terengganu ke Kuala Berang dekat Belukar Gorek di sini mengalami kesesakan sepanjang kira-kira satu kilometer akibat kemalangan membabitkan lima kenderaan semalam.

 

Bagaimanapun, tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan serius dalam kemalangan berlaku kira-kira jam 8 pagi dengan membabitkan empat kereta dan sebuah van itu.

 

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah kereta merempuh bahagian belakang sebuah lagi kereta yang berhenti kerana mahu ke bahu jalan.

 

Akibat rempuhan itu, dua kereta tersebut berpusing dan melanggar tiga lagi kenderaan.

 

Kesesakan jalan yang berlaku kira-kira 30 minit itu bagaimanapun dapat dikawal apabila anggota polis tiba sejurus kemudian. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.