Kebakaran Sebuah Kondominium Bongkar Makmal Dadah

MELAKA 16 Jan. – Kebakaran sebuah unit di tingkat 21 kondominium mewah di Batang Tiga di sini malam tadi membongkar kegiatan memproses dadah sintetik yang mampu menghasilkan dadah bernilai RM2 juta.

 

Dalam kejadian pukul 10 malam itu, pasukan bomba dan penyelamat menemukan beberapa buah tong besar, periuk, botol, tiub termasuk sejumlah dadah yang telah diproses.

 

Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Supritendan Razali Bakar memberitahu, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan oleh pihak bomba.

 

“Hasil siasatan terdapat beberapa alat dan bahan yang digunakan untuk memproses dadah secara besar-besaran.

 

“Kita percaya dadah sebanyak 10 kilogram bernilai kira-kira RM2 juta mampu dihasilkan untuk sekali proses,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.