IS Bunuh Anggota Militan Lain

Amman: Pegawai Negara Islam (IS) membunuh seorang warga Syria yang dituduh menyertai sel militan lain dan menyerang mereka di al-Mayadin.

 

Pemantau Syria Untuk Hak Asasi Manusia berkata, lelaki terbabit dipancung dan badannya digantung di kawasan awam bandar berkenaan.

 

Kepala mangsa hanya ditemui selepas tiga hari kemudian.

 

Kumpulan berpangkalan di Britain itu berkata, mangsa dituduh menubuhkan kumpulan kecil bagi memerangi IS melalui serangan hendap dan meletupkan kenderaan militan berkenaan.

 

Empat yang lain, termasuk seorang pelajar, dibunuh di Deir al-Zor kerana dituduh bersekongkol dengan pihak berkuasa Syria.

 

Pegawai pertubuhan itu berkata, seorang daripada mangsa IS itu pada awalnya ditangkap kerana merokok.

 

“Hanya selepas itu dia dituduh menjadi penyalur maklumat untuk kerajaan,” katanya.

 

Agensi berita Syria, SANA pula melaporkan, militan IS membunuh tiga orang awam dan mempamerkan mayat mangsa di al-Mayadin.

 

Tidak dinyatakan apakah kesalahan mereka.

 

Ketika ini ada beberapa kumpulan kecil membunuh anggota IS sebagai sebahagian daripada kempen gerila ekoran kekejaman yang dilakukan mereka. – Reuters

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.