2 Suspek Anggota Militan Ditembak Mati Polis Belgium

Verviers – Polis Belgium menembak mati dua suspek yang dipercayai anggota militan pada Khamis dalam satu operasi besar-besaran mencegah serangan pengganas di negara itu, hanya beberapa hari selepas insiden serangan militan di Paris yang meragut 17 nyawa.

 

Turut ditahan individu ketiga dalam insiden tembak menembak di bandar Verviers, berhampiran sempadan Jerman.

 

Operasi disasarkan kepada tempat persembunyian sekumpulan pemuda warga Eropah yang didakwa baru kembali dari Syria.

 

Selain itu, pihak polis juga melakukan serbuan di beberapa tempat di ibu kota Brussels.

 

Menurut pejabat pendakwaraya, serbuan dibuat keatas sekumpulan sepuluh orang yang dipercayai sedang merancang untuk melancarkan serangan di Belgium.

 

Ketika serbuan dibuat, suspek dikatakan melepaskan tembakan ke arah polis menggunakan senjata automatik. Tembak menembak berlangsung selama lima minit. Dua anggota kumpulan terbabit ditembak mati manakala seorang lagi ditahan.

 

Perdana Menteri Belgium, Charles Michel dalam reaksinya berkata operasi itu menunjukkan kerajaan negara itu tekad memerangi keganasan.

 

Susulan itu juga, paras keselamatan negara itu dinaikkan ke peringkat kedua paling tinggi. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.