Jerawat Batu Bernanah, Sebulan Berkurung Dirumah

KUALA LUMPUR — Pelakon Niena Baharun terpaksa berkurung di rumah berikutan wajahnya penuh jerawat batu bernanah sejak sebulan lalu.

Menolak tanggapan dengki atau unsur mistik, artis 24 tahun itu mengakui penyakit tersebut “serius dan tiada perubahan” walau mengambil makanan tambahan.

Aktres drama bersiri Sayangku Kapten Mukhrizmengakui jerawat mungkin akibat cuaca tidak menentu dan solekan tidak terkawal, lapor Utusan.

“saya hilang keyakinan dan mengelakkan diri berjumpa dengan orang selain memberi komitmen terhadap bidang lakonan yang telah dipersetujui awal,” katanya, petik MMO.

Niena kini mendapat rawatan moden dari pakar kulit malah enggan menggunakan produk kosmetik semberono bagi mengelak ia melarat.

“Biarlah mengambil masa yang agak lama, asalkan tidak bertambah kronik,” kata pelakon drama Misi Dania Cun. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.