Petani Dakwa ‘Paraglider’ Terjunam Ke Dalam Laut

MARANG – Penduduk Merchang di sini gempar dengan dakwaan seorang petani yang mendakwa melihat seorang peluncur layar atau ‘paraglider’ terjunam ke dalam laut berhampiran Pantai Pulau Kerengga di sini semalam.

 

Memetik Kosmo, petani terbabit, Sapiee@Hasan Taha, 64, mendakwa ternampak kejadian tersebut sewaktu sedang memancing di kawasan pantai tersebut kira-kira jam 6.10 petang.

 

“Pada mulanya, saya nampak satu objek bersayap sedang menjunam secara perlahan-perlahan. Semakin rendah, saya yakin objek itu merupakan seorang manusia bersama paramotor yang sudah enjinnya yang tidak berfungsi.

 

“Kakinya terjuntai ke bawah tanpa sebarang pergerakan. Lebih kurang lima minit kemudian, ‘paraglider’ tersebut terjatuh ke dalam laut pada kedudukan kira-kira 800 meter dari lokasi saya berdiri di Pantai Pulau Kerengga,” katanya.

 

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali yang ditemui berkata, tiada sebarang petunjuk ditemui setakat ini dan Jabatan Penerbangan Awam juga mengesahkan tiada sebarang rekod aktiviti paramotor dilakukan di sekitar lokasi terbabit semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.