‘Kalau Abah Masih Ada, Pasti Dia Jadi Lelaki Paling Wangi’

KUALA LUMPUR – Walaupun pada peringkat awal usaha untuk berniaga secara kecil-kecilan tidak membuahkan hasil, namun ia langsung tidak mematahkan semangat seorang anak muda untuk terus mencuba.

 

Sheda Meor berkata pada peringkat awal dia hanya menjual minyak wangi terpakai sebelum salah seorang rakan memperkenalkannya dengan produk De’Xandra.

 

Kecekalan anak muda yang tidak pernah berputus asa itu akhirnya membuahkan hasil sekaligus berjaya mengubah nasibnya untuk memperolehi pendapatan yang menguntungkan dengan hanya menjual minyak wangi.

 

“Dengan berbekalkan modal RM20 (yuran dropship at that time), aku terus submit jadi dropship, setiap hari, setiap masa promote.

 

“Excited yakmat (sangat teruja), walaupun mula-mula tak ada sales (jualan) tapi tak pernah give up (putus asa) sebab aku percaya Allah pandang pada usaha,” katanya melalui posting di Facebook.

 

Menurut Sheda yang juga merupakan seorang suri rumah tangga walaupun pada peringkat awal hasratnya untuk menceburi bidang ini ditentang pihak keluarga namun ia tidak menghalangnya untuk terus berusaha bagi mendapatan pendapatan tambahan.

 

“Masih teringat bulan 1 tahun lepas, lepas habis semester nak sangat bekerja sebab nak ada duit poket tapi abah tak bagi.

 

“Pelik sangat sedangkan dari diploma kalau cuti semester abah okay je kalau aku kerja cari duit poket sendiri, tapi kali ni tak. Abah suruh duduk rumah je. Agak frust jugak la tapi terpaksa la dengar kata abah.

 

“Nak jadi cerita, 1 week after promote ‘ori reject’ tu, abah pergi dalam keadaan yang sangat2 kami semua tak sangka dan tak bersedia. Abah sesak nafas and 10 minit lepas tu, jasad abah terkulai dalam pangkuan. Patutlah abah tak kasi keje. Rupanya abah nak Dah ada sentiasa,” ujarnya lagi.

 

Menurut Sheda pemergian insan yang paling bermakna didalam hidupnya itu langsung tidak mematahkan semangatnya malah ia telah menjadi pencetus buat dirinya untuk terus berjaya.

 

“The best thing is, 3 hari lepas restock kali kedua, modal nak restock untuk kali ketiga dah ada. Perghh cepat betol dapat rolling modal and untung jual Dexandra ni. Since that, terus keep restock and paling2 best, sales bulan pertama jadi agent paling tinggi. Around RM5000++.

 

“Bayangkan la, rasa happy business tu Allah je yang tahu. And Alhamdulillah, sampai sekarang still lagi dengan business Dexandra ni. Dah nak dekat 2 tahun dah,” katanya pula.

 

Paling menarik menurut Sheda walaupun tidak bekerja sepenuh masa seperti rakan-rakannya yang lain namun dia berjaya mendirikan rumahtangga dengan hasil keuntungan jualan produk De’Xandra.

 

“Banyak benda dapat buat dengan untung Dexandra. Nak tahu tak, duit kahwin pon pakai duit Dexandra. Sebab tu kahwin awal. Hihiksss. Ni dah kahwin, barang rumah dah penuh hasil keuntungan Dexandra. Duduk rumah pon boleh buat duit.

 

“Bila orang tanya ” taknak keje ke ? Sayang je belajar tinggi2 tapi duduk rumah “. For me, as long kita pandai cari duit, kita boleh jadi lagi berjaya. Tu semua rezeki dari Yang Esa. Semoga business Shedaxandra semakin berkembang dan maju. Aamin,” katanya lagi.

 

Sheda turut menjelaskan sekiranya arwah bapanya masih lagi hidup, pasti beliau akan menjadi lelaki paling dengan wangi produk keluaran De’Xandra.

 

 

 

Berikut adalah coretan penuh Sheda Meor di laman Facebook:

 

Baru lepas masak, lipat baju, sapu sampah, tidurkan anak. Fuhh fuhh rasa macam supermom betol. Anak dah tido rasa terpanggil pulak nak update status ni. Tetiba rasa kalau la aku masih follow flow before ni, aku mesti tak dapat buat semua ni. Jadi supermom (surirumahtangga sepenuh masa) yang hebat dan mampu ada duit poket sendiri.

 

Masih teringat bulan 1 tahun lepas. Lepas habes sem, nak sangat keje sebab nak ada duit poket tapi abah tak bagi. Pelik sangat sedangkan dari diploma kalau cuti sem abah okay je kalau aku keje cari duit poket sendiri. Tapi kali ni tak. Abah suruh duduk rumah je. Agak frust jugak la tapi terpaksa la dengar kata abah. Pastu saja2 tweet tanya camne nak dapat income kalau duduk rumah ye. Tetiba lia omey reply tweet ajak join business. Terus msg lia and lia explain sikit business apa. Waktu tu rupanya buat business jual ori reject perfume.

 

Dengan berbekalkan modal RM20 (yuran dropship at that time), aku terus submit jadi dropship. Setiap hari, setiap masa promote. Excited yakmat. Walaupon mula2 takde sales tapi tak pernah give up. Sebab aku percaya Allah pandang pada usaha. Nak jadi cerita, 1 week after promote ori reject tu, abah pergi dalam keadaan yang sangat2 kami semua tak sangka dan tak bersedia. Abah sesak nafas and 10 minit lepas tu, jasad abah terkulai dalam pangkuan. Patutlah abah tak kasi keje. Rupanya abah nak Dah ada sentiasa. Downnya rasa hanya Allah yang tahu. Waktu tu memang terniat dalam hati kalau nanti dah dapat untung jual ori reject ni, ingat nak belikan abah sebotol perfume sebab abah suka perfume. Abah suka wangi2. Yela, ori reject pon sebotol RM150, so memang kena tunggu dapat untung la. Tapi tak sempat. Takde rezeki. Hmm

 

Then, dalam bulan 3 lia kata kita fokus pada Dexandra sebab ada problem dari supplier ori reject. Waktu tu tertanya2 produk apa la Dexandra ni. Perfume gred apa. 3A ke, Dubai ke. Memang tak jelas lansung. So rasa macam tak berminat pulak nak fokus pada Dexandra time tu. (Jujur kan ?)

 

Dalam bulan 5, lia datang jumpa kat Puncak Alam bagi 11 botol untuk try marketkan kat student Uitm Puncak Alam. Aku pon okay jela, bawak balik rumah sewa, sekelip mata setel 4 botol. Aku ingat lagi sape buyer time tu. Thanks korang ! Time tu terus rasa ushhh hebat jugak penangan Dexandra ni walaupon mmg orang masih tak kenal lansung pasal Dexandra ni. Dipendekkan cerita, I managed to sell 11 botol tu.

 

Lepas raya around bulan 8 terus decide upgrade jadi agent. Waktu tu modal nak jadi agent RM1000++, agak banyak la jugak bagi student macam aku ni tapi takpe, pejam mata. Orang kata nak berjaya kena berani. Berani amik risiko. Tapi time tu aku buat konsep pre order, amik order dulu baru amik perfume. So of course la batch pertama licin sekelip mata sebab semua tu dah ada tuannya. Terus restock pakai duit untung. Lepas 2 hari, licin lagi. Fuhhh serious tak menang tangan.

 

The best thing is, 3 hari lepas restock kali kedua, modal nak restock untuk kali ketiga dah ada. Perghh cepat betol dapat rolling modal and untung jual Dexandra ni. Since that, terus keep restock and paling2 best, sales bulan pertama jadi agent paling tinggi. Around RM5000++. Bayangkan la, rasa happy business tu Allah je yang tahu. And Alhamdulillah, sampai sekarang still lagi dengan business Dexandra ni. Dah nak dekat 2 tahun dah ?

 

Banyak benda dapat buat dengan untung Dexandra. Nak tahu tak, duit kahwin pon pakai duit Dexandra. Sebab tu kahwin awal. Hihiksss. Ni dah kahwin, barang rumah dah penuh hasil keuntungan Dexandra. Duduk rumah pon boleh buat duit. Bila orang tanya ” taknak keje ke ? Sayang je belajar tinggi2 tapi duduk rumah “. For me, as long kita pandai cari duit, kita boleh jadi lagi berjaya. Tu semua rezeki dari Yang Esa. Semoga business Shedaxandra semakin berkembang dan maju. Aamin.

 

Tapi kan…. kalau ada abah, Dah pasti abah lah lelaki paling wangi dengan wangian Dexandra. 30 bau lelaki yang Dexandra keluarkan, Dah pasti abah ada setiap jenis wangian tu. Hehe rindunya kat abah. Al Fatihah abah. Doakan Dah terus kaya dan berjaya. Walaupon Dah tak dapat senangkan abah dekat dunia, in shaa Allah Dah pastikan senangkan abah di sana. Moga abah sentiasa bahagia. Suatu hari nanti kita pasti berjumpa. Love you abah.

 

Akhir kata, sheda nak ucapkan terima kasih sangat2 pada lia yang bagi peluang untuk berbusiness ni. Tak jemu2 support mcm mana nak maintain sales, keep motivating and banyakkkkk lagi. Thanks lia. To all #TeamChettakiOmey korang semua sahabat sheda. Kita bergurau tawa, nangis, gembira macam dah 1 keluarga walaupon tak pernah berjumpa. Hebat pertemuan dan persahabatan kita ni kan. Hebat MAK menyatukan kita. Harap2 ukhwah ni akan terus terjalin sampai bila2.

 

Big thanks jugak dekat my husband yang selalu tolong uruskan business ni. Semoga rezeki kita sentiasa dirahmati. Thanks pada semua ahli keluarga yang support beli Dexandra. Tak lupa jugak pada semua #TeamShedaxandra . Sayang semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.