Wanita Dikecam Makan Dalam Lampin Pakai Buang

Kuala Lumpur – Mungkin terlalu mahukan ‘kelainan’, seorang wanita terpaksa menerima padah selepas dicemuh oleh orang ramai berikutan sekeping gambar menunjukkan beberapa individu menggunakan lampin pakai buang untuk meletak makanan sebagai menggantikan pinggan mula menjadi viral dilaman sosial sejak semalam.

 

Gambar tersebut mula menarik perhatian khalayak ramai selepas ia dimuat naik oleh rakan wanita terbabit yang dipercayai turut hadir pada majlis ‘baby shower’ yang dianjurkan oleh wanita itu, baru-baru ini.

 

“No plates today! Fine dining in nappies at @ajj***** baby shower,” tulis @v******** sebagai kapsyen kepada gambar tersebut.

 

Akibatnya, laman sosial wanita terbabit terus diserang bertalu-talu oleh pengguna laman sosial.

 

“Serious s***! Hahahaha baik bwk makanan mkn dlm jamban,” kata fatinshiraa.

 

“Ikut sgt budaya barat..camnielah jadinya..xdpt nk fikir..pity of u sbb pregnent tp boleh fikir logik kot..kwn2 pon main ikut je mkn dlm pampers..bby shower sgt,” tambah nf__yunIkut dalam entri tersebut.

 

Namun, segelintir pengguna media sosial turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib wanita itu.

 

“Don’t blame this hijab girl, but blame her ‘smart’ friends who organized this distateful baby shower concept for her,” tulis nf__yunIkut

 

Sementara, sarahkamarlI pula berkata; “feel sorry for you, sister. Please put down this picture (don’t ever to read the comments) and private your ig. Things will be okey.”

 

Berikutan gambar tersebut telah menjadi perbualan hangat di media sosial, individu terbabit telah pun membuang gambar-gambar berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.