Rejim Assad Rampas Kembali Pangkalan Udara Di Damsyik

Beirut – Aktivis Syria dan Hezbollah TV berkata tentera negara itu merampas kembali sebuah pangkalan tentera udara di pinggir Damsyik susulan pertempuran hebat dan serangan udara.

 

Pangkalan tentera udara Marj al-Sultan di pinggir Damsyik sudah ditawan pemberontak selama tiga tahun.

 

Rampasan semula pangkalan itu adalah satu kejayaan buat tentera Syria dan sekutu mereka daripada kumpulan militan Hizbullah yang berjuang di bawah perlindungan Russia di kawasan itu.

 

Sementara itu, di RIYADH: Arab Saudi mengerah unit anti-keganasan bergerak ke sempadan Yaman. Keputusan mengaktifkan empat rejimen unit itu yang ‘mengkhusus dalam peperangan gerila’ diputuskan menjelang rundingan damai diusahakan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Switzerland pada Rabu.

 

Agensi Saudi Press (SPA) berkata pengerahan unit itu bertujuan memberi sokongan kepada pasukan tentera.

 

“Mereka diberi kuasa sebagai pasukan keselamatan untuk merampas, menahan, menggeledah, memburu serta menembak mengikut prosedur perundangan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.