Lee Hong Ki Cuba Pakai ‘Bra’ Peminat

Kuala Lumpur – Penyanyi popular Korea, Lee Hong Ki dilemparkan bra sewaktu memeriahkan festival muzik K-Pop yang berlangsung di Mexico, baru-baru ini.

 

Momen tersebut berlaku saat vokalis kumpulan FT Island ini asyik bernyanyi di atas pentas dan tiba-tiba sehelai bra berwarna kuning melayang ke arahnya.

 

Suasana tambah gamat dengan sorakan penonton apabila Hong Ki memberikan reaksi bersahaja. Dia mengambil bra tersebut, kemudian membuat gaya seolah-olah ingin memakainya dengan memegangnya di depan dadanya.

 

Lantas tindakan HongKi itu menjadi bualan hangat pengikut media sosial menerusi forum Instiz.

 

Rata-rata peminat menyifatkan aksi Hong Ki itu sangat lucu. Ada yang mengatakan aksi Hong Ki itu sekaligus membuat persembahannya lebih `hidup`.

 

“Sudah menjadi kebiasaan peminat di Amerika Selatan melempar bra ke pentas. Itu tandanya mereka menikmati dan 100 peratus terhibur dengan persembahan artis mereka. Biasanya, peminat membawa bra yang baru dibeli, bukan yang telah dipakai,” tulis seorang peminat.

 

Sebelum ini, aksi sebegitu juga pernah terjadi ketika konsert Super Junior beberapa tahun lalu. Penonton di Amerika Selatan melempar bra biru ke arah pentas. Biru merupakan warna rasmi bagi peminat tegar Super Junior yang digelar ELF.

 

Sementara, bra kuning yang dilempar seolah menandakan warna rasmi bagi FT Island.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.