Kucing Miliki Muka Dua Warna

Seekor kucing menjadi viral dan popular di internet apabila mempunyai dua warna berbeza di mukanya.

 

Kucing yang diberi nama Venus ini memiliki dua warna berbeza dimukanya, iaitu hitam di sebelah kanan dan oren di sebelah kiri.

 

Selain mempunyai muka dengan warna berbeza, kucing berkenaan turut mempunyai warna mata yang berbeza iaitu biru dan hijau.

 

Malah kucing ini sudah mempunyai 900,000 pengikut di laman Facebook dan berpuluh video di YouTube malah mempunyai laman web sendiri untuk menjual barangan jenamanya, lapor DailyMail.

 

Venus turut muncul dalam majalah National Geographic dan beberapa program televisyen di Amerika Syarikat.

 

Sementara itu, menurut pemiliknya Christina dan Chris, mereka menjumpai kucing tersebut ketika merayau-rayau di sebuah ladang di North Carolina pada tahun 2009.

 

Menurut keduanya, jiran mereka menyangka bulu kucing itu diwarnakan bagaimanapun mereka mendakwa, itu merupakan rupa asli Venus sejak dilahirkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.