KJ Mahu Chong Wei Terus Harumkan Badminton Negara

Kuala Lummpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dapat meneruskan khidmat kepada pembangunan sukan badminton negara walaupun selepas beraksi di temasya Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil pada Ogos tahun depan.

 

Ditanya sama ada Chong Wei akan diminta mewakili negara pada Sukan SEA 2017, beliau berkata keputusan itu terpulang sendiri kepada pemain yang berada pada ranking keempat dunia itu.

 

“Dia bagitau saya dia tidak pernah menang acara perseorangan lelaki Sukan SEA. Dalam konteks kerjaya dia, mungkin pingatnya kecil, tetapi dia hendak main juga pada 2017, mungkin itu antara yang akhir dalam kerjaya dia.

 

“Secara tradisinya, kita hantar pasukan kedua, tapi atas nilai sentimental, Chong Wei hendak main, mungkin kita bagi dia mainlah,” katanya kepada pemberita pada program Yonex The Legend’s Vision di Kuala Lumpur, hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.