Ismail Sabri Kecewa Usaha Lahirkan Mara Digital Dikecam

KUALA LUMPUR – Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih apabila usaha beliau untuk membantu usahawan Melayu dan Bumiputera melalui Mara Digital mendapat kecaman daripada bangsa sendiri.

 

Beliau berkata inisiatif pengecualian sewa premis sehingga enam bulan itu bertujuan untuk mengurangkan beban kepada penyewa, memandangkan Mara Digital memerlukan masa untuk dikenali orang ramai untuk maju seperti pusat digital lain di negara ini.

 

“Saya sangat mengharapkan sokongan orang Melayu dan Bumiputera untuk kejayaan Mara Digital ini. Perancangan saya untuk membuka di seluruh negara bagi lahirkan lebih ramai usahawan Melayu dalam bidang IT. Saya tak kisah kalau tak mau sokong tapi jangan cuba gagalkan.

 

“Saya hairan sepatutnya kita suka harga turun. Sepatutnya kita suka sewa percuma untuk bantu orang Melayu tapi saya dihina dan dicerca kerana nak tolong Melayu,” katanya dalam terbaru di akaun Facebooknya, hari ini.

 

Sebelum ini, Ismail Sabri telah dilabelkan sebagai rasis kerana mahu menubuhkan Mara Digital susulan insiden kekecohan yang berlaku di Plaza Low Yat, di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

 

Beliau mempertahankan langkah itu selari dengan hasrat untuk membantu usahawan Bumiputera dalam menceburi industri itu.

 

Langkah itu pengecualian sewa bagi enam bulan pertama itu diharap dapat menggalakkan peniaga memberikan potongan harga kepada pembeli, sekaligus menarik minat lebih ramai pengunjung.

 

Cadangan membina Mara Digital, yang asalnya digelar “Low Yat 2”, tercetus susulan insiden pergaduhan di Plaza Low Yat Julai lalu hingga hampir mencetuskan ketegangan kaum antara Melayu dan Cina.

 

Menurut entri itu, beliau juga berkata Mara Digital dapat memberikan peluang kepada usahawan Melayu dan Bumiputera yang terpinggir daripada mendapat tempat di pusat digital lain.

 

“Orang ini (pengkritik) bimbang jika sewa percuma, peniaga akan turunkan harga dan tentu akan beri saingan kepada peniaga-peniaga di Mall lain.

 

“Kononnya harga telefon pintar sudah tetap, jadi tak mungkin turun harga..ini pun kenyataan beliau yang bercanggah. Dia lupa bahawa bukan telefon pintar semata-mata dijual di sana tetapi juga aksesori produk IT yang boleh turun harga. Bagi saya terserah kepada kebijaksanaan peniaga,” katanya lagi. – Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.