Gencatan Senjata Yaman Bermula Hari Ini

Aden – Gencatan senjata di Yaman bermula hari ini, bukan tengah malam semalam seperti diumumkan sebelumnya ketika pihak yang bersengketa bersiap sedia menghadiri rundingan damai anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Switzerland, kata tentera pakatan diketuai Arab Saudi.

 

Pasukan tentera antarabangsa yang melancarkan serangan udara terhadap pemberontak disokong Iran Mac lalu berkata, gencatan senjata akan bermula pada jam 12.00 tengah hari waktu tempatan berikutan permintaan Presiden Abedrabbo Mansour Hadi, tetapi memberi amaran ia ‘berhak untuk bertindak balas jika berlaku pencabulan.’

 

Menurut kenyataan, Hadi mengisytiharkan hasrat kerajaan untuk mengadakan gencatan senjata tujuh hari sempena rundingan pembukaan di Switzerland dan akan diperbaharui secara automatik jika ada pihak mematuhinya.

 

Pengumuman gencatan senjata itu dibuat ketika pakatan tentera Arab memaklumkan seorang komander kanan Arab Saudi dan seorang pegawai Emiriah Arab Bersatu terbunuh dalam operasi di Yaman. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.