Fizo Mohon Maaf, Tweet ‘Potong Stim’

Pelakon dan pengacara, Fizo Omar memohon maaf selepas tweet ‘potong stim’nya mengenai Konsert Akhir Gegar Vaganza musim kedua semalam dikecam netizen.

 

Fizo menyifatkan tweet tersebut tiada kaitan dengan mana-mana individu seperti yang diviralkan.

 

Bagaimanapun, Fizo memohon maaf sekiranya ada pihak tidak menyenangi dengan tindakannya.

 

“Saya memohon berbanyak kemaafan seandainya tweet saya malam tadi membuat ada pihak yang tidak selesa.

 

“Sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat seperti yang telah diviralkan. Dengan rendah diri saya memohon kemafaan di atas kekhilafan ini,” tulisnya menerusi laman Facebooknya.

 

Semalam, Fizo Omar mendapat kecaman netizen selepas tweetnya didakwa mengkritik pengasas Pamoga dan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida yang merupakan penaja utama program berkenaan.

 

“Potong stim la tengok #gegarvaganza ni.. Nak tengok otai-otai menyanyi bukannya…,”  tulisnya di laman Twitter miliknya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.