Fizo Mohon Maaf Lepas Kutuk Datuk Vida

Selebriti Fizo Omar dikritik baru-baru ini gara-gara memuat naik status di laman Twitter berbaur sindiran terhadap usahawan komestik terkenal, Datuk Seri Vida.

 

“Potong stim la tengok #gegarvaganza ni… Nak tengok otai-otai menyanyi bukannya… ,” tulis Fizo

 

Status tersebut dimuat naik ketika sedang berlangsungnya konsert akhir Gegar Vaganza (GV) 2015 yang bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria.

 

Berdasarkan kenyataan itu, ramai pengikut media sosial membuat andaian Fizo tidak suka aksi Datuk Seri Vida yang dikatakan berlebihan ketika muncul dalam rancangan tersebut.

 

Bagaimana pun menerusi laman sosial miliknya, Fizo sendiri telah menjelaskan status yang dimuat naik malam semalam tidak ditujukan kepada mana-mana pihak.

 

“Tahniah diucapkan kepada semua pemenang #gegarvaganza musim kedua dan juga penaja utama serta pihak Astro di atas kejayaan menganjurkan program yang menjadi satu fenomena.

 

“Sebelum itu saya memohon maaf berbanyak kemaafan seandainya twit saya malam tadi membuat ada pihak yang tidak selesa, namun sebenarnya ia tidak ada kaitan dengan mana-mana individu yang terlibat seperti yang telah menjadi viral.

 

“Dengan rendah diri saya memohon kemaafan di atas kekhilafan ini,” tulis Fizo.

 

Tidak kurang juga ada pihak yang turut mewujudkan sentiment kenegerian berikutan kedua-duanya berasal dari Kelantan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.