Bekas Juara Tinju Dunia Selar Kenyataan Donald Trump

KUALA LUMPUR – Bekas juara tinju dunia, Muhammad Ali menyelar Donald Trump yang sebelum ini membuat kenyataan berbaur islamofobia apabila mahu menghalang orang Islam masuk ke Amerika Syarikat.

 

Muhammad Ali menjelaskan tiada umat Islam yang ingin membunuh orang yang tidak bersalah di mana-mana tempat di dunia ini.

 

“Saya seorang Muslim dan tidak ada yang orang Islam ingin membunuh orang yang tidak bersalah di Paris, San Bernardino, atau di mana sahaja di dunia.

 

“Muslim sejati tahu bahawa kekejaman tanpa perikemanusiaan yang dikenali sebagai jihad Islam melanggar syariat Islam,” katanya.

 

Tambah beliau lagi, orang muslim harus menentang sesiapa sahaja yang mahu menggunakan Islam hanya untuk kepentingan peribadi.

 

“Kita sebagai umat muslim harus melawan kepada mereka yang menggunakan Islam untuk memajukan agenda peribadi mereka sendiri.

 

“Mereka merupakan penghalang untuk masyarakat daripada mempelajari mengenai Islam. Muslim sejati harus tahu bahawa ia bertentangan dengan ajaran islam dengan memaksa orang menerima islam,” jelasnya lagi.

 

Juara tinju dunia sebanyak tiga kali itu menyatakan ahli politik sepatutnya menggunakan kedudukan untuk memberi pemahaman terhadap Islam yang telah disalah anggap dan menjelaskan pembunuhan yang berlaku telah mempengaruhi tanggapan negatif masyarakat dunia terhadap kebenaran Islam.

 

Sebelum ini, kelayakkan Donald Trump untuk bertanding jawatan Presiden Amerika syarikat dilucutkan susulan kenyataan beliau mahu menghalang orang Islam masuk ke negara tersebut ekoran daripada kejadian tembak-menembak yang berlaku di California oleh pasangan suami isteri yang dikaitkan dengan militan IS. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.