Amaran Angin Kencang, Laut Bergelora Di Perairan Sabah

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi sebentar tadi mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua di perairan perairan Sabah dan Labuan bermula esok hingga Ahad ini.

 

Angin kencang timur laut dan laut bergelora itu dijangka membabitkan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

 

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan, menyatakan angin kencang dengan kelajuan 50 kilometer (km) hingga 60km sejam serta ombak setinggi 4.5 meter (m) itu berbahaya kepada kapal, bot kecil, kegiatan rekreasi dan sukan laut.

 

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama turut dikeluarkan di perairan Samui, Tioman, Bunguran, Kuching dan Reef South bermula Khamis hingga Ahad ini.

 

Amaran sama turut dikeluarkan di perairan sekitar Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur dan Sarawak dalam tempoh sama dengan kelajuan angin timur laut antara 40km sehingga 50km sejam dan ombak mencapai 3.5m.

 

Pada masa sama, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat kuning yang dijangka melanda Terengganu, Pahang, Johor dan bahagian barat Sarawak bermula esok sehingga Jumaat ini.

 

Sementara itu, hasil pencerapan Jabatan Meteorologi pada jam 5 pagi tadi, mendapati Taufan Melor dengan anggaran kelajuan 20 kilometer sejam sedang bergerak ke arah barat kira-kira 891km ke Timur Laut Kudat, Sabah.

 

Keadaan itu menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 40 km sejam (kmsj) hingga 50 kmsj dan ombak mencapai ketinggian 3.5m berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Labuan. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.