VIDEO: Rakaman Danish Bersilat ‘Viral’ Di Facebook

Kuala Lumpur – Setiap kali hadir ke kenduri perkahwinan di sekitar negeri Johor, saat yang sentiasa dinanti-nanti tetamu adalah ketika ‘silat pengantin’.

Baru-baru ini, satu video telah dimuat naik di dalam Facebook mengenai acara silat pengantin di Felda Taib Andak, Kulai yang unik dengan kehadiran si kecil.

Keletah anak kecil yang bernama Danish ini berjaya mencuri hati tetamu-tetamu yang hadir di kenduri berkenaan.

Lebih mencuit hati, anak kecil tersebut membuat persembahan solo selepas melakukan persembahan dengan ahli kumpulan lain.

Gelagatnya yang lucu nampak penuh keyakinan ketika mempersembahkan seni silat pengantin itu berjaya mengundang tawa mereka yang ada.

Video yang dimuatnaik  di laman Facebook itu berjaya mencecah 108,627 tontonan serta 3065 perkongsian dari pengguna laman sosial tersebut.

Felda Taib Andak adalah kampung halaman artis terkenal yang juga Juara Akademi Fantasia 3, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.