Seniman Mustapha Maarof Meninggal Dunia

Kuala Lumpur -Seniman Datuk Mustapha Maarof meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju dekat sini kira-kira pukul 8.30 pagi, Isnin.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang dekat sini berdekatan pusara isterinya, seniwati Roseyatimah.

Mustapha, 79, dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 2 Disember lalu bagi mendapatkan rawatan susulan.

Keadaan Allahyarham sepanjang dirawat di hospital berkenaan adalah kritikal dan bergantung sepenuhnya kepada alat bantuan pernafasan.

Antara filem-filem lain lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Pada tahun 2010, beliau diumumkan penerima Anugerah Tokoh Perfileman yang diberikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).

Beliau juga pernah dipilih sebagai presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.