Manchester United Benam Liverpool 3-0

Manchester – Manchester United meneruskan kemenangan kepada enam perlawanan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menundukkan musuh tradisi, Liverpool 3-0 di Old Trafford, malam tadi.

Kemenangan ini turut menyaksikan United kini hanya ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Liga, Chelsea selepas 16 perlawanan.

Liverpool menambah rekod kekalahan kepada tujuh perlawanan.

United membuka tirai menerusi gol pertama Rooney pada minit ke-12.

Bekas pemain Chelsea, Juan Mata meledak gol kedua United meskipun ia cetuskan kontroversi kerana dianggap offside.

Pada minit ke-71, Robin Van Persie menjaringkan gol ketiga United sekaligus menjadikan pasukan Liverpool hampa dengan kekalahan.

Walaupun Liverpool berpeluang menjaringkan gol namun ketangkasan penjaga gol Untied, Dea Gea tidak memberikan mereka menembusi gawang gol United.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.