Lelaki Bersenjata Tembak Mati Anggota Keselamatan

Dubai – Seorang lelaki bersenjata yang menjadikan tiga buruh sebagai tebusan di ibu negara Saudi Riyadh menembak mati seorang anggota keselamatan.

Kejadian ini berlaku apabila polis cuba untuk membebaskan tebusan, kata polis pada hari Isnin, lapor Reuters.

Lelaki yang bersenjata itu kemudian ditangkap dan tiga buruh dibebaskan, menurut kenyataan polis.

Tidak ada maklumat lanjut tentang identiti lelaki itu atau matlamatnya.

“Seorang lelaki yang tidak dikenali membawa senjata automatik mengambil tiga buruh sebagai tebusan berhampiran masjid al-Hamoud … dan mengancam untuk menembak pejalan,” agensi berita SPA memetik kata-kata jurucakap polis Riyadh dalam satu kenyataan.

“Apabila polis mengepung suspek dan memintanya untuk meletakkan senjata dia lepaskan banyak tembakan,”menurut kenyataan itu.

Seorang anggota keselamatan terbunuh dalam kejadian tembakan itu dan dua orang, termasuk seorang orang awam cedera, katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.