Jenazah Allahyarham Mustapha Maarof Selamat Dikebumikan

Kuala Lumpur – Jenazah Allahyarham seniman Datuk Mustapha Maarof, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 3 petang Isnin.

Terdahulu jenazah Mustapha, 79, disembahyangkan di Masjid Bandar Baru Sentul di sini selepas dibawa keluar dari Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abdin, Wangsa Maju.

Kira-kira 300 orang terdiri daripada ahli keluarga, teman rapat dan peminat seniman itu mengambil peluang memberi pemghormatan keapda Allahyarham.

Antara selebriti yang menziarahi jenazah Allahyarham ialah Datuk Yusof Haslam, Noorkumalasari, Datuk Maria Menado, Datuk A Rahman Hassan, Datin Sofia Jane, Datuk Rosyam Nor, Nabil Ahmad dan Zed Zaidi.

Jenazahnya disemadikan berdekatan pusara isterinya, seniwati Roseyatimah yang meninggal dunia pada 1987.

Allahyarham sebelum ini dimasukkan ke Institut Perubatan Respiratori, Hospital Kuala Lumpur (HKL)  pada 25 November lalu selepas mengalami kesukaran bernafas akibat komplikasi paru-paru.

Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Tentera Tuanku Mizan Zainal Abdin, untuk rawatan lanjut dan meninggal dunia kira-kira pukul 8.50 pagi Isnin selepas hampir dua minggu di hospital itu.

Antara filem-filem lakonan beliau ialah Sultan Mahmud Mangkat Di Julang, Yatim Mustapha, Seri Mersing dan Naga Tasik Chini.

Alahyarham adalah anak kepada pengasas Malay National Bank, sebuah syarikat kewangan pertama untuk orang Melayu iaitu Maarof Zakaria yang mati dibunuh sekitar tahun 1947.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.