Empat Biji Bom Dipasang Di Sekitar Sydney

Sydney – Seorang lelaki bersenjata yang menawan tebusan di sebuah kafe di Sydney pada Isnin mendesak supaya bendera kumpulan Negara Islam (IS) diserahkan kepadanya dan memberi amaran terdapat empat butir bom telah dipasang di sekitar bandar itu, menurut satu laporan.

Channel Ten berkata, ia telah bercakap dengan dua daripada tebusan yang berada di dalam kafe tersebut dan lelaki yang menawan mereka membuat beberapa tuntutan.

“Pasukan #TenNews kami telah bercakap secara terus dengan dua tebusan di dalam kafe… mereka telah mengesahkan dua tuntutan daripada lelaki itu,” kata saluran itu di akaun Twitter.

“Dia (lelaki bersenjata) mahu bendera Kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) supaya dihantar ke kafe itu, dan tuntutan keduanya adalah mahu bercakap dengan Perdanan Menteri.

“Mereka juga menyatakan bahawa terdapat empat butir bom, dua di dalam kafe Lindt di Martin Place, dan dua lagi di pusat daerah perniagaan (CDB) Sydney. Tiada pengesahan daripada polis,” katanya.

Setakat ini, seramai lima orang berjaya menyelamatkan diri keluar dari kafe itu. Mereka terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita.

Polis Australia tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan mereka dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata di sebuah kafe di pusat bandar Sydney pagi Isnin.

Jurucakap Pasukan Polis New South Wales (NSW) berkata, polis masih belum mengenal pasti identiti tebusan yang terdiri daripada staf dan pengunjung Lindt Chocolate Kafe.

“Kami tidak dapat menentukan kewarganegaraan tebusan berkenaan pada ketika ini. Operasi sedang dijalankan dan saya menggesa orang ramai bertenang,” katanya kepada Bernama menerusi telefon pada Isnin.

Laporan berita antarabangsa menyatakan seorang militan bersenjata telah menjadikan kira-kira 40 hingga 50 orang sebagai tebusan dalam kafe yang terletak di Martin Place itu.

Menurut laporan awal sekumpulan tebusan di paksa memegang bendera yg di tulis ‘tiada tuhan melainkan Allah’.

Polis Australia tidak dapat mengesahkan sama ada terdapat rakyat Malaysia dalam kalangan mereka dijadikan tebusan oleh lelaki bersenjata di sebuah kafe di pusat bandar Sydney pagi Isnin.

Jurucakap Pasukan Polis New South Wales (NSW) berkata, polis masih belum mengenal pasti identiti tebusan yang terdiri daripada staf dan pengunjung Lindt Chocolate Kafe.

“Kami tidak dapat menentukan kewarganegaraan tebusan berkenaan pada ketika ini. Operasi sedang dijalankan dan saya menggesa orang ramai bertenang,” katanya kepada Bernama menerusi telefon pada Isnin.

Laporan berita antarabangsa menyatakan seorang militan bersenjata telah menjadikan kira-kira 40 hingga 50 orang sebagai tebusan dalam kafe yang terletak di Martin Place itu.

Sebahagian daripada bandaraya Sydney ditutup kepada orang ramai dengan ribuan anggota polis dan tentera di kerah di kawasan sekitar kafe itu.

Perdana Menteri Tony Abbott berkata beliau mengadakan mesyuarat jawatankuasa keselamatan negara untuk taklimat mengenai kejadian itu.

Australia, yang menyokong Amerika Syarikat dan tindakannya yang semakin meningkat terhadap IS (Negara Islam) di Syria dan Iraq, mengambil tindakan berjaga-jaga terhadap serangan puak radikal Islam atau pejuang tempatan yang pulang dari konflik di Timur Tengah.

Puluhan anggota polis bersenjata mengepung Lindt Cafe di Martin Place, yang menempatkan Reserve Bank Australia, bank-bank perdagangan dan berhampiran dengan bangunan parlimen negeri New South Wales (NSW).

Rakaman televisyen secara langsung menunjukkan pelanggan di dalam kafe itu berdiri dengan tangan mereka ditekan ke tingkap. Bendera hitam dan putih yang serupa dengan yang digunakan oleh militan Islam di Iraq dan Syria juga dapat dilihat.

Twitter Polis NSW menyebut: “Satu operasi polis sedang dilancarkan di Martin Place, CBD Sydney Orang ramai dinasihatkan supaya mengelak kawasan itu”.

Media tempatan melaporkan bahawa Sydney Opera House yang terletak berhampiran, telah dikosongkan selepas satu bungkusan yang mencurigakan ditemui.

Seorang kakitangannya berkata dia masih berada di dalam bangunan tetapi enggan mengulas lanjut dan polis berkata mereka masih berusaha untuk mengesahkan kejadian itu.

Perkhidmatan keretapi dan bas dihentikan dan laluan di kawasan itu ditutup, dengan pengendali keretapi berkata terdapat satu ancaman bom di Martin Place.

Peniaga di pasaran mata wang berkata berita mengenai tebusan itu mungkin telah menyebabkan kemerosotan nilai dolar Australia, yang sudah pun berdepan dengan tekanan daripada penghindaran risiko global seperti harga minyak yang jatuh semula.

Mata wang tempatan berada pada paras $0.8227, dengan mencecah paras terendahnya minggu lalu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.