David De Gea Wira United

Kuala Lumpur – David De Gea menjadi wira Manchester United apabila menyelamatkan gawang The Red Devils dari dibolosi Liverpool bagi memastikan mereka menang selesa dengan jaringan 3-0.

Jaringan oleh Wayne Rooney,Juan Mata dan Robin van Persie sudah cukup buat United mendapat bekalan tiga mata sekaligus prestasi baik mereka.

Namun, United tidak akan mampu melakar kemenangan jika ianya bukan disebabkan oleh aksi hebat David De Gea.

Pada separuh masa pertama, Rahim Sterling sering saja mendapat peluang untuk menjaringkan gol tetapi De Gea sentiasa bersedia mematahkan serangan Liverpool.

Penjaga gol Sepanyol itu sertai United pada musim 2011/2012 dari Atletico Madrid dengan bayaran GBP 18juta (RM90juta) sebagai pengganti kepada veteran Edwin Van Der Sar.

Kemenangan keatas Liverpool bermakna skuad Louis Van Gaal kini memenangi 6 perlawanan berturut-turut.

Bagi Liverpool pula, masih lagi gagal merangkak keluar dari prestasi terumbang-ambing mereka musim ini namun, walaupun tewas kepada United anak buah Brendan Rodgers menonjolkan aksi yang mantap kerana sentiasa menguji gawang United.

Kemasukan Mario Balotelli pada separuh masa kedua juga memberi impak besar dengan melakukan beberapa percubaan.

Ini merupakan penampilan pertama Mario Balotelii selepas dilanda kecederaan ketika sesi latihan bersama skuad Itali untuk pusingan kelayakan Piala Eropah.

Brendan Rodgers juga melakukan perubahan besar terutama di bahagian gawang apabila memilih untuk menurunkan Bradley Jones sebagai penjaga gawang utama dan bukannya Simon Mignolet.

Tindakan Rodgers itu sekaligus mengukuhkan lagi pendapat bahawa Mignolet sedang dalam prestasi buruk ketika ini.

Kemenangan 3-0 mengatasi Liverpool memastikan United kekal di tangga ketiga liga 8 mata di belakang pendahulu Chelsea.

Skuad kendalian Brendan Rodgers pula sekadar ditangga ke-10 dan akan bertemu Arsenal di Anfield untuk perlawanan seterusnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.